Monday 13 June 2011

panduan mngelakkn diri dari sombong


Berikut beberapa panduan oleh Imam Al-Ghazali bagaimana mengelakkan hadirnya sifat sombong di dalam hati.
*Pertama
Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
Kedua
*Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
*Ketiga
Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.
* Keempat
Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
* Kelima
Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
* Keenam
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.


"Ya Allah lindungi kami dari maksiat yang menyesatkan, dari kesombongan yang menyelimuti hati kami, dari rasa rakus yang menguasai jiwa kami. Kami mohon penjagaan-Mu ya Allah agar setiap langkah, perbuatan dan ucapan kami tetap di jalan yang Engkau redhai"

No comments:

Post a Comment